Friday, October 24, 2008

KATEGORI 10: ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT

Isu penuntut IPT mengaku mutad


Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) sepatutnya memandang serius kes-kes murtad di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta sebagai kerana ia akan memberikan implikasi yang besar kepada negara.





Memandangkan kementerian bertanggungjawab ke atas IPT maka mereka perlu berusaha untuk membendung dan mengelakkan budaya yang menyuburkan murtad di negara ini daripada terus berleluasa.


Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba yang menganggap isu tersebut sebagai kes terpencil ketika ditanya sama ada kes murtad di kalangan penuntut pengajian tinggi di negara ini mencapai tahap serius dalam sebuah akhbar baru-baru ini.


Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menyiasat perkara ini bagi mendapatkan maklumat sebenar dan juga perlu membuat siasatan rapi serta mengambil tindakan selanjutnya.


Isu ini timbul berikutan satu laporan sebuah akhbar baru-baru ini, berhubung dakwaan seorang penuntut Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya yang beragama Islam telah mengisytiharkan dirinya murtad menerusi satu kenyataan dalam laman blog miliknya.


Di samping itu, dalam laman blog penuntut terbabit yang disiarkan di akhbar, dia mendakwa keluar daripada Islam kerana tidak mempercayai beberapa hukumnya.


Penuntut lelaki terbabit yang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di universiti berkenaan mendakwa tindakan mendedahkan dirinya murtad menyebabkan dia menerima mesej ugutan bunuh biarpun bukan bertujuan menghina orang lain.


Dakwanya, dia kini berfahaman atheis yang tidak mempercayai agama walaupun namanya merujuk kepada nama seorang Islam.


Tindakannya membuat pengakuan murtad secara terbuka dalam laman blognya itu menyebabkan ramai rakannya berusaha memujuknya kembali ke pangkuan Islam.


Sementara itu, Pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga diarah oleh KPT untuk menyiasat tindakan seorang penuntutnya beragama Islam, murtad kerana siswa tersebut dipercayai murtad selepas bergaul dengan rakannya daripada agama lain.


Bagaimanapun, berikutan gangguan sistem komputer di universiti terbabit, nama penuntut terbabit gagal dikesan.

1 comment:

zakiah othman said...

Assalamualaikum......
Pada masa kini kita dapat melihat banyak kes-kes murtad yang melibatkan penuntut di IPT.Padahal mereka merupakan orang yang terpelajar tatapi kenepa pegangan akidah mereka begitu mudah terpesong.seperti yang berlaku dalam kes ini, dia mendakwa bahawa dia tidak mempercayai hukum yang terdapat dalam Islam.Sepanjang dia hidup adakah dia tidak menghayati ajaran Islam atau tidak memahaminya. Siapa yang bertanggungjawab untuk menangani isu urtad ini? kita tidak boleh nak salahkan sesiapa atau menunding jari kepada mana-mana pihak.
Sebaliknya kita sebagai umat Islam perlu sama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan isu ini supaya ia tidak terus merebak. Isu ini membabitkan pegangan akidah umat Islam.Jadi ia menjadi tanggungjawab kita bersama. Masing-masing perlu memainkan peranan untuk menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran .